Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raye

 Salam,
Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.
Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.
Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka
Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.
"waste of time!!" katanya lagi.
Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.
Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)


BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?
Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.
Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.
Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.
MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?
Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di RamadhanSecara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-
1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa.

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

        


SELAMAT HARI RAYA E'DULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA FAMILI, KAWAN2 TERUTAMANYA NANA DAN SELURUH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIE..

UCAPAN KHAS BUAT ALONG:
SELAMAT HARI RAYA BUAT ALONG YG BAKAL BERAYA DI MESIR... AQ HARAP SEMUANYA OK.. WALAUPUN KO X BERAYA SKALI TP BAJU N KASUT RAYE KO UMI DH BELI KAN.. JGN NANGES2 K.. NNT KITE SKYPE KER... OKEY..TATA,TITI,TUTU


;)

Salam..
Seblom pulang ke kg, kami sekeluarga berbuka di padang berhadapan dgn masjid.. ramai gler manusia.. Padang 2 dh jadi mcm lautan manusia... hehe..






   Seblom berbuka di pdg, kuar jln2 lu dgn imah n dayah...;)




 Selamat Berbuka...

Sunday, August 21, 2011

Mercun Oh Mercun

Salam..
Erm.. sebenarnya dah lame aq nak post pasal tajok ni, tp asyik lupe jer.. hehe..

Mase hari pertama ramadhan lagi kita dah dgr bunyi mercun kan?? bukan main kuat lagi.. main mercun ni mendtgkn kepuasan kan walaupon duit kita hangos..hehe macam mercun, meletop... boom kebaboom.. kahkahkah..

Tapi, time2 bulan pose ni jgk lar kite dgr mcm2 cite psl mercon ni... contohnye bute main mercun, putus jari sebab mercun n mcm2 lar.. sakit boh... seriau ble dgr kan???  Semuanya bdk2 melayu yg main.. yg plg untung tokey cina ar sebab die jual mercun tu..

Tp bila time raye cina ker depavali ker tak der plak kite dgr  dieorg putus jari,tgn n kaki sebab mercun.. erm.. ini menunjukkan bahawa bdk2 melayu mmg jakun dgn mercun ni, sebabnya tiap2 kali raye ade jer yg hilang anggota kan.. Hipotesisnya, semakin bertambah nafsu kejakunan semakin bertambah nafsu nak main mercun.. tol x?? btol lar kan..

So, kite ni yg kurang jakun terhadap mercun tu kalau bole jgn lar over sgt ble main tu.. ala, main ala kadar jer.. main lar bunga api ker mercun bawang ker paling tak pon mercun mancis.. sudah..


SELAMAT MENUNIKAN IBADAH PUASA.. INGAT!! JGN SELOK SGT MAIN MERCUN!! HEHHEHEHEHE... 

Saturday, August 20, 2011

Kelebihan 10 malam terakhir.

 Salam...
Alhamdulillah, hari ni dah masok hari yang ke 20 kita berpuasa... pejam celik pejam celik tinggal 10 hari lagi nak raye kan3??? maknanye tinggal 10 hari jer lagi kita akan berpuasa.. erm.. 


 Nampaknye kita dh masok ke fasa yang ke tiga...iaitu fasa bebas dari api neraka... jadi, mari lah kita memperbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir ni...

KELEBIHAN 10 MALAM TERAKHIR..


Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

~ Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

~ Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

~ Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

~ Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

~ Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

~ Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

~ Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari). Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

~ Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.







SELAMAT MENAMATKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN KESABARAN.. SEMOGA KITA DIAMPUNKAN SEGALA DOSA YG PERNAH KITA LAKUKAN 
           

Saturday, August 13, 2011

Doa Khusus pada Malam Lailatulqadar

 Sallam...
Kawan2 disekolah n dirumah suke sgt tanye agak2 doa ape yg kte kena mntk pd malam lailatulqadar ni.. Sebab tu lar hari ni nk kongsikn doa ape yg khusus pd mlm tu..

  Apa itu malam lailatulqadar?

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. 
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
 
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
 
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
 


malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "
                             




Apakah doa yg khusus dibaca pada malam tersebut???
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"  


    Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku." 






    




 JOM KITA CARI MALAM LAILATULQADAR KENA MALAM TERSEBUT LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN!!




  


















 
 

Uish!! TAK MALU

 Sallam...

  Alhamdulillah.. hari sudah masuk hari yang ker 14 kita menunaikan ibadah puasa... Cepatkan masa berlalu kan3.. erm.. semalam mase aq ker pekan pegi pasar panas... kt situ mmg bnyk jual kain baju, tudung n mcm2 ar.. tp x der 1 pon yg berkenan di hati.. hehe..

   Lepas jer blk dr pasar aq singgah lar kfc jap... beli awal juadah berbuka n than lps order kene tnggu jap... mase 2 aq usha lar bdk kecik dpn aq tgh makan ayam... uish.. sedapnye.. lps tu aq tgk2 lar ade laki cina 2 tgh makan famous bowl... uish..mmg dok dlm ni cpt lapar...

 Tiba2.. aq tgk lar kt seblh laki cina tu kan... ade lar 2 org pompuan melayu tu... okey lar.. lengkap bertudng tp yg buat aq nk mrhnye die mkn dlm 2... aik.. over gler minah ni.. kalo x leh pose pon agak2 ar.. makan dpn khalayak.. dasar tak malu... rase nk tgor jer tp muke mcm dh tue.. muke mcm mak org jer tp perangai ish.. malas nk tulis... mmg tak malu lar...
 
  Tengah2 sdp die mkn, bdk dpn aq yg sdp dok makan ayam die ckp kt mak die... " ie, dh besar pon tak pose"... hehe... aq nak jer soh bdk kecik tu ckp kuat2.. biar pompuan tu dgr.. bdk kecik pon tahu bln pose tak blh mkn(walaupon bdk tu tgh mkn).. mmg pompuan skang tak tahu malu..(smoga aq tak tergolong )

  Apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki'. Riwayat Bukhari


Erm.. nampak nye kita masih tak faham ape yg hadis ni cakap sebenarnyer... sebab tu kita main buat jer sbb perasaan malu dh tak der dlm diri kite kot...
pengajaran hadis : Mengajar kita secara sindiran, bahawa jika kita ingin melakukan maksiat atau perkara kemungkaran seandainya tidak berasa malu dan segan, maka lakukanlah. Tidak malu di sini, bererti bukan sahaja merasa segan pada manusia yang nampak dan melihat, tetapi merasa segan kepad Sang Pencipta yang mempunyai pandangan serta pengetahuan yang tidak dapat disembunyikan dari Nya.


 Oleh itu , renung2 lar pengisian hadis ini... 






          



 

Thursday, August 4, 2011

Tabik Spring LAr!!!!

 Salam... semalam sepupu ku Husna yg baru berumur 5 tahun puasa... uish... mula2 tak percaya tp ble tanye mak die rupa2nye betul... Segan plak aq dengan budak kecik ni, ye lar mana tak nye dulu mase kecik2 mane pose... hehe..